Rumah dipecah masuk, Mercedes-Benz G-Class milik Shawn Mendes dicuri

1481

Shawn Mendes dan Camila Cabello ketakutan apabila rumah mereka di Los Angelas, Amerika Syarikat dipecah masuk pada Ahad lalu dan lebih teruk lagi Mercedes-Benz G-Class mereka juga turut dilarikan.

shawn mendes

Perompak tersebut telah memasuki kediaman mereka dengan memecahkan tingkap, namun segera beredar apabila dia menyedari pasangan tersebut berada di dalam rumah.



Sebelum keluar, dia sempat mengambil kunci Mercedes-Benz G-Class milik Shawn Mendes dan melarikan kereta tersebut.

Pihak polis bergegas ke tempat kejadian namun sudah terlambat kerana perompak tersebut telah melarikan diri bersama G-Class itu.

Buat masa sekarang, masih tiada lagi sebarang tangkapan berlaku dan pihak polis masih lagi melakukan siasatan.

Bagaimanapun, pasangan tersebut berada dalam keadaan selamat dan tiada insiden buruk berlaku.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here