Limousin pelik bentuk jet ini dilelong sekali lagi!

1574

Untuk kali kedua dalam tempoh sembilan bulan, sebuah limousin berasaskan sebuah pesawat yang dikenali sebagai Learmousine akan memasuki acara lelongan.

limousin

Learmousine pertama kali mendapat perhatian dunia pada 2019 ketika ia dipaparkan dalam rancangan Ridiculous Rides. Pemiliknya menyatakan ianya menelan kos sebanyak USD1 juta (RM4.1 juta) untuk dihasilkan, dan hanya akan menjualnya pada harga USD5 juta (RM20.7 juta). 



Mecum Auctions membawa Learmousine ke acara jualan Indy yang berlangsung pada 23-28 Jun 2020 tetapi gagal untuk menjualnya, dengan tawaran yang diterima hanya USD600,000 (RM2.5 juta).

limousin

Sekali lagi, Mecum Auctions akan cuba menjual limousin ini, kali ini di acara lelongan Indy 2021, yang berlangsung pada 14-22 Mei.

Dihasilkan oleh Dan Harris yang berasal dari Bend, Oregon, Learmousine ini pernah menjadi sebuah jet peribadi sebelum Harris mengambil dan mengubahsuainya.

limousin

Bahagian luar limousin ini dilengkapi dengan warna Dark Candy Red, dan oleh kerana ianya tidak lagi berfungsi sebagai sebuah pesawat, enjin jet turbin yang dipasang pada bahagian sisi telah diganti dengan pembesar suara.

Learmousine dikuasakan oleh enjin V8 8.1-liter dari trak Chevrolet Vortec yang menghasilkan 400hp, mampu mencapai kelajuan 160km/j, serta mempunyai berat 5,443kg.

limousin

Ketika dilelong pada tahun lepas, Learmousine dijual dengan treler sepanjang 13.4 meter dan sebuah Chevrolet 2500 HD 2015 untuk mengangkutnya. Namun pada acara lelongan yang akan datang, kelengkapan tersebut masih belum dipastikan akan termasuk dalam pakej jualan ataupun tidak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here