Aprilia RS 660 kini di pasaran negara kita

2046

Didi Resources Sdn Bhd pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah membawa masuk Aprilia RS 660 motosikal versi gabungan teknologi, inovasi dan rekaan, ke negara kita.

Aprilia Rs 660 dengan Konsep Pengayaan Serba Baharu yang juga merupakan petanda aras baharu segmen motosikal berkuasa tinggi.



Jentera yang direka dengan teknologi perlumbaan serta dijamin memberi khidmat maksimum buat penunggang.

Lava Red

Sistem eletronik yang direalisasikan dari litar. Difahamkan model ini cukup seimbang di antara kuasa, ketangkasan dan ketepatan.

Formula asas motosikal ini datang dari litar dan kini di implemantasikan untuk kegunaan di jalanraya.

Enjin:

Dua silinder selari 600cc  iaitu inspirasi dari enjin V 1100cc serta melepasi homologasi Euro 5.

Dikatakan berjaya menjana 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500 rpm.Tork dapat dirasakan pada permulaan 4,000 rpm.

Rekabentuk:

Apex Black

Tampil dengan rekaan Inovatif, terperinci dan bergaya. Lampu depan “Triple LED” bersama  fungsi Fay Running Light (DRL).

Dilengkapi Sensor “Twilight” berfungsi aktifkan ‘Low Beam’ secara automatik. Juga tersedia dengan “Cornering Lights”.

Tampak jelas rekabentuk fairing lebih aerodinamik dan Aprilia juga memfokuskan kepada aspek ergonomik demi keselesaan buat semua penunggang.

Casis:

Tampak langsing dimana gabungan kerangka serta lengan ayun (swingarm) aliminium.

Suspensi dan Brek:

Fork depan jenis terbalik (upside down) boleh laras 41 mm jenama Kayaba. Manakala sistem brek dikendalikan dari Brembo dengan cakera bersaiz 320mm.

Tayar depan jenama Pirelli Diablo Rosso Corsa 11, bersaiz l20/70/ZR 17. Sementara tayar belakang terhidang 180/55 ZR 17.

Eletronik:

Dilengkapi dengan platform Inersia 6 paksi. Berfungsi membaca keadaan semasa motosikal dengan bantuan ‘accelrometers’ dan ‘gyroscopes’.

Aprilia Perfomance Ride Control(APRC) turut menawarkan beberapa ciri.

1.Aprilia Traction Control(ATC)

2.Aprilia Wheelie Control(AWC)

3.Aprilia Cruise Control(ACC)

4.Aprilia Quick Shift(AQS)

5.Aprilia Engine Break (AEB)

6.Aprilia Engine Map

7.Cornering ABS.

Mod tunggangan:

Terdapat 5 mod tunggangan

1) Commute

2) Dynamic

3) Individual.

Ketiga-tiga mod ini sesuai digunakan ketika menunggang di jalanraya.

4) Challenge

5) Time Attack

Dua mod ini tersuai di litar.

Terdapat akses dimana telefon pintar boleh disambungkan terus dengan Aprilia MIA yang tersedia di meter TFT.

Dua warna ditawarkan iaitu Lava Red dan Apex Black.

Harga pengenalan yang ditawarkan ialah RM 59,900 ( tidak termasuk cukai jalan,insuran serta yuran pendaftaran).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here