Coldplay taja Interceptor 005 untuk bersihkan sungai di Malaysia

2046

Coldplay baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka bersama The Ocean Cleanup, satu pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan dari Belanda.

Kerjasama ini bertujuan mengatasi masalah pencemaran sampah sarap yang terperangkap di sungai sebelum memasuki ke dasar lautan.

interceptor 005



Untuk tujuan itu, Coldplay menaja Interceptor 005, satu mesin yang mampu memerangkap sampah sarap dan bakal ditempatkan di salah satu sungai di Malaysia.

“Jika tiada tindakan yang diambil, berkemungkinan jumlah plastik akan lebih banyak berbanding ikan di lautan pada 2050.

interceptor 005

“Oleh itu, kerja The Ocean Cleanup ini dikatakan sangat penting. Untuk tujuan itu, kami berbesar hati menaja Interceptor 005 iaitu mesin yang akan memerangkap ribuan tan sampah di sungai sebelum ia mengalir ke lautan,” kata Coldplay dalam satu kenyataan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean CleanupBoyan Slatt berkata bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang bakal menerima mesin Interceptor 005 ini.

Mesin ini direka khas untuk membendung masalah pencemaran di 1,000 buah sungai yang paling tercemar di dunia dan bakal siap dibina menjelang pertengahan tahun ini.

Sejak tahun 2019, pertubuhan ini sudahpun berbincang untuk menggunakan mesin Interceptor dalam usaha mengatasi pencemaran air yang berlaku di serata dunia termasuk Indonesia, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, Jamaica dan Republik Dominica.

Untuk rekod, ini merupakan mesin Interceptor yang kedua berada di Malaysia selepas Malaysia menerima mesin Interceptor 002 pada Ogos 2019 dan kini ditempatkan di Sungai Klang, Selangor.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here