Fabio Quartararo unggul di MotoGP Doha

1328

Fabio Quartararo daripada pasukan Yamaha muncul juara MotoGP Doha awal pagi tadi manakala rakan senegaranya dari Perancis, Johann Zarco bersama Ducati-Pramac di kedudukan kedua.

quartararo motogp doha

Pelumba kelahiran Sepanyol, Jorge Martin, yang juga rakan sepasukan Zarco, menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga selepas memulakan saingan di petak pendahulu.



Kemenangan ini adalah kali pertama dua pelumba Perancis berada di kedudukan podium MotoGP sejak 1954, dimana sebelum ini Pierre Monneret muncul juara dan Jacques Collot berada di kedudukan ketiga di laman sendiri dekat Reims.

Quartararo berjenaka bahawa dia ‘akan meraikan saat itu dengan makan McDonald’s malam ini’ selepas kemenangan berkenaan.

“Mudah untuk mengatakan saya tidak banyak menang perlumbaan – tapi wow!” kata Quartararo.

“Saya datang daripada kedudukan kelapan, kepantasan dan litar sama sekali berbeza daripada latihan keempat dan sesi pemanas badan.

“Saya sentiasa mengimpikan untuk menang di Qatar, malangnya saya bukanlah yang pertama (musim ini),” tambahnya.

Kedudukan kedua Zarco sudah cukup meletakkannya di persada kejuaraan dunia selepas dua pusingan.

Dia mengumpul 40 mata manakala Quartararo kedua, hanya empat mata di belakang.

Keputusan penuh MotoGP Doha 2021

1. Fabio Quartararo – Yamaha
2. Johann Zarco – Ducati 
3. Jorge Martin – Ducati 
4. Alex Rins – Suzuki 
5. Maverick Vinales – Yamaha 
6. Francesco Bagnaia – Ducati 
7. Joan Mir – Suzuki 
8. Brad Binder – KTM 
9. Jack Miller – Ducati 
10. Aleix Espargaro – Aprilia

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here