Parkir dan tidak tutup tingkap, kereta lelaki ini jadi sarang 15,000 ekor lebah

1891

Seseorang sudah pastu terkejut sekiranya melihat kereta yang dimiliki menjadi sarang lebah. Kejadian ini berlaku kepada seorang lelaki dari New Mexico, Amerika Syarikat.

lebah kereta

Kira-kira 15,000 ekor lebah telah membuat sarang di kereta miliknya, setelah dia berhenti untuk membeli belah di pasaraya yang terletak di bandar Las Cruces, New Mexico, Amerika Syarikat.



Insiden ini bermula ketika lelaki tersebut parkir keretanya di sekitar sebuah kedai runcit, dan malang sekali, dia tidak menutup tingkap belakang keretanya itu.

Setelah selesai membeli belah, lelaki itu kembali dan masuk ke dalam keretanya. Namun, dia tiba-tiba terkejut apabila melihat sekumpulan lebah sedang membuat sarang di tingkap belakang keretanya yang terbuka.

lebah kereta

Terkejut dan panik dengan kehadiran kumpulan lebah itu, lelaki tersebut kemudian segera menghubungi talian 911 untuk meminta bantuan.

Anggota bomba yang dikenali sebagai Jesse Johnson segera bergegas ke lokasi kejadian, dan dia merupakan seorang yang mempunyai kemahiran berkaitan dengan lebah. Jadi, masalah ini dapat ditangani tanpa melibatkan sebarang kecederaan.

“Saya akan melakukan apa sahaja untuk mencegah seseorang membunuh lebah. Nasib baik, kesemua lebah ini cukup jinak ketika mereka berada pada kereta. Mereka sekarang tidak memiliki rumah untuk berlindung, jadi ini cukup berbahaya,” kata Johnson.

Johnson tiba di lokasi kejadian dengan memakai satu set baju khas untuk melindungi dirinya dari disengat lebah. Dia kemudian memindahkan semua lebah tersebut ke dalam satu kotak kosong yang telah diletakkan minyak serai.

Tidak sampai 30 minit, Johnson berjaya memindahkan kawanan tersebut, dan memastikan tidak ada lebah yang tertinggal. Kesemua lebah tersebut dianggarkan sebanyak 15,000 ekor. 

Insiden ini tidak melibatkan kecederaan serius. Walau bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan pasar raya dan anggota bomba difahamkan disengat oleh lebah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here