Remaja ini hancurkan Ford Mustang R-Spec milik bapanya seminggu selepas dibeli

33493

Seorang remaja berusia 20 tahun dari Sydney telah merosakkan Ford Mustang R-Spec milik bapanya apabila dia merempuh tiang elektrik di kawasan Mount Druitt, Australia. 

Ford Mustang R-Spec

Menurut akhbar 7 News, remaja itu tetap memandu Ford Mustang milik bapanya walaupun dia hanya mempunyai lesen percubaan.



Apa yang lebih menyedihkan, pemiliknya (bapa remaja tersebut) membeli muscle car itu hanya seminggu sebelum tarikh kejadian, dan ianya dirancang untuk digunakan dalam majlis perkahwinan anak perempuannya yang akan datang.

Ford Mustang R-Spec

Kereta ini nampaknya bukanlah Mustang yang biasa. Berdasarkan rupa bentuk, kereta ini disertakan dengan warna lime green dan beberapa pelekat hitam menunjukkan bahawa ianya ialah model R-Spec edisi terhad.

Varian ini dihasilkan oleh Ford Australia hasil kerjasama dengan penala tempatan iaitu Herrod Performance.

Ford Mustang R-Spec

Ford Mustang R-Spec ini boleh dianggap seperti Mustang Shelby GT500 versi Aussie dan ianya dikuasakan oleh enjin V8 5.0-liter supercharged yang mampu menghasilkan sehingga 700hp dan 830Nm tork.

Pengeluaran Mustang R-Spec hanya dalam unit yang terhad, iaitu sebanyak 500 unit. Kereta ini juga dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan. Harganya di pasaran Australia pula ialah pada AU$99,980 (RM315,333).

Berdasarkan gambar yang tular, Mustang R-Spec ini mengalami kerosakan yang teruk, dimana bahagian hadapan remuk sepenuhnya dan beg udara turut diaktifkan.

Malang sekali, memandangkan ianya dipandu oleh individu yang tidak mempunyai lesen sah, insurans kereta berkenaan terbatal begitu sahaja.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here