Renault Koleos 2021 – Tiga varian, enjin 2.5-liter dengan 169hp

1402

TC Euro Cars baru-baru ini memperkenalkan sebuah SUV premium iaitu Renault Koleos 2021 dengan tiga varian yang telah dinaik taraf, iaitu Koleos, Koleos Signature dan Koleos Signature Plus. 

SUV ini dikuasakan oleh enjin petrol 2.5-liter yang mampu menghasilkan sehingga 169hp dan 226Nm tork, selain digabungkan dengan transmisi automatik X-Tronic CVT.



Renault Koleos 2021 sedia untuk dibeli mengikut perincian harga berikut (hingga 30 Jun 2021):

Varian

Harga Runcit (RM)
(On-the-road untuk pendaftaran Individu Peribadi tanpa insurans)

Semenanjung Malaysia

Langkawi

Koleos 

181,885.68

110,888.00

Koleos Signature

201,086.84

120,888.00

Koleos Signature Plus

206,886.84

N/A

Bagi yang tidak suka untuk membayar pinjaman kereta dalam tempoh yang lama, anda boleh memilih pengalaman ‘pemilikan’ kenderaan melalui salah satu pelan Langganan Renault.

Maklumat langganan adalah seperti berikut:

Varian

Bayaran Bulanan (RM)

(Termasuk cukai jalan, insurans dan
perkhidmatan penyelenggaraan
)

3 tahun

2 tahun

1 tahun

Koleos 

2,599

2,799

2,999

Koleos Signature

3,099

3,299

3,499

Koleos Signature Plus

3,399

3,599

3,799

Dari segi penampilan, Renault Koleos 2021 hadir dengan lampu LED PureVision untuk semua varian sebagai standard. Namun, sunroof panoramik elektrik hanya disediakan pada varian Signature dan Signature Plus.

Untuk ruangan dalam, Koleos disertakan dengan kemasan kulit Riviera hitam yang digabungkan dengan hiasan kayu bergaris gelap, manakala varian Signature dan Signature Plus dilengkapi dengan kemasan kulit Sand Grey Nappa yang digabungkan dengan hiasan kayu berwarna kelabu.

Varian Signature dan Signature Plus dilengkapi dengan rangkaian ciri mewah termasuk tempat duduk depan berventilasi dengan penyesuaian panjang kusyen dan sandaran kepala Relax untuk sokongan tambahan.

Navigasi R-LINK2 dan mutimedia pula disajikan melalui skrin sesentuh 8.7-inci yang disertakan, dimana ianya lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Koleos 2021 hadir dengan lima pilihan warna iaitu Amethyst Black, Highland Silver, Metallic Black, Millesime Red, dan Universal White.

Seperti semua kenderaan arus perdana Renault yang lain, Koleos juga dilengkapi dengan jaminan 5-tahun/150,000km.

Pandu uji boleh dibuat di bilik pameran Renault yang terpilih melalui janji temu sahaja, dan boleh diminta melalui Renault Malaysia E-Store pada www.renault.com.my.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Renault Koleos dan Renault Malaysia, sila layari www.renault.com.my atau hubungi 1800-18-8663 (Isnin-Ahad, 8 pagi-8 malam).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here