Toyota perkenalkan TRD Camry Next Gen untuk NASCAR Cup Series 2022

1187

Bekerjasama dengan Toyota Racing Development (TRD), Toyota telah melancarkan Camry berprestasi tinggi yang mampu menghasilkan peningkatan kuasa yang ketara dari model biasa.

TRD Camry Next Gen

Dikenali sebagai Toyota TRD Camry Next Gen, kereta ini akan diperkenalkan di NASCAR Cup Series 2022, suatu perlumbaan berprestij yang akan diadakan di Amerika Syarikat. Sedan ini juga akan bersaing dengan wakil dari jenama lain seperti Ford Mustang dan Chevrolet Camaro.



Dari segi reka bentuk, TRD Camry Next Gen hadir dengan roda aluminium forged 18-inci, ruang kemasukan udara yang besar bagi meningkatkan penyejukan enjin, bodywork dan bahagian bawah badan yang diperbuat dari bahan komposit.

TRD Camry Next Gen

Beberapa kemasan lain pada bahagian badan juga diubah bagi mengoptimumkan aerodinamik. Untuk bahagian belakang, sedan ini dilengkapi dengan diffuser besar dengan gabungan warna hitam, merah dan putih bagi memberikan penampilan yang lebih agresif.

Selain itu, sedan ini juga ditambah dengan beberapa perincian untuk meningkatkan prestasi, seperti anti-roll bar yang membantu meningkatkan tekanan di jalan raya ketika kereta dipandu pada kelajuan yang tinggi.

Untuk ruangan dalam, TRD Camry Next Gen dilengkapi dengan kerangka keluli tambahan untuk memastikan keselematan pemandu sekiranya berlaku kemalangan.

Sedan ini disertakan dengan transmisi sequential 5-kelajuan dan mampu menghasilkan output maksimum sehingga 550 atau 670hp, bergantung kepada litar mana ianya dipandu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here