Lada ‘kembar siam’ dari Garage 54, sebuah kereta dengan dua enjin dan stereng!

1875

Saluran YouTube dari Rusia iaitu Garage 54 mencipta beberapa video kereta paling unik di internet. Salah satunya ialah kereta ‘kembar siam’ yang mempunyai dua stereng dan dua enjin.

kereta 'kembar siam'

Setelah ditunjukkan gambar dua buah Jeep Wrangler yang dicantum menjadi sebuah kenderaan, Garage 54 membuat keputusan untuk melakukan hal yang sama tetapi pada kereta keluaran Rusia iaitu Lada. 



Hal ini menyebabkan kenderaan itu tidak hanya dua kali lebar dari biasa tetapi juga kelihatan menyeronokkan untuk dipandu.

Proses membuat Lada wide body ini dimulakan dengan memotong bahagian sisi kereta dan kemudian meletakkannya bersebelahan. Mereka kemudian mengeluarkan roda, brek dan komponen suspensi pada bahagian sisi untuk menyatukan kedua-dua kenderaan itu.

Apa yang menarik, Garage 54 membuat keputusan untuk mengekalkan kedua-dua enjin dan stereng, dan ini bermakana, dua orang boleh memandu kereta ini dalam satu masa, dan perlu membuat input pemanduan yang sama.

Untuk memastikan kereta tidak terbelah dua, beberapa penguat casis juga telah diberikan.

Berdasarkan video yang tular, Lada ‘kembar siam’ ini berfungsi sepenuhnya, dan Garage 54 membawanya ke landasan kapal terbang untuk menjalani ujian dinamik.

Kereta ini bagaimanpun mengalami kerosakan pada bahagian tayar, setelah dua penumpang masuk ke dalamnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here