Program Rider Raya Bergaya dari Grab tawarkan Yamaha MT-25, siap ada sign Hafizh Syahrin!

1288

Grab Malaysia kini mengadakan kempen Rider Raya Bergaya, untuk memberi peluang rakyat Malaysia memperoleh hadiah bernilai lebih dari RM150,000.

Melalui peraduan tersebut, Grab Malaysia menyediakan 166 hadiah untuk dimenangi dan menawarkan satu pemenang hadiah utama untuk memenangi sebuah Yamaha MT-25 yang ditandatangani oleh pelumba MotoGP, Hafizh Syahrin Abdullah.



Selain itu, lima hadiah pemenang kedua pula akan ditawarkan untuk membawa pulang RM10,000 setiap satu secara tunai atau bitcoin. Pemenang saguhati akan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500.

Rider Raya Bergaya

Bermula 24 April hingga 31 Mei 2021, rakan kongsi penghantaran baru dan sedia ada yang mendaftar atau mengesyorkan seseorang ke platform Grab, akan mendapat penyertaan. 

Grab berhasrat untuk terus menyediakan lebih banyak peluang menjana pendapatan dan jaring keselamatan pendapatan bagi mereka yang menyertai platform ini.

Peraduan Rider Raya Bergaya adalah jemputan Grab untuk mencari akses cepat dan mudah ke arah pendapatan yang saksama, mampan dan produktif.

“Misi Grab sejak awal adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan mewujudkan peluang pendapatan yang selamat, setara dan inklusif. Tahun lalu sahaja, Grab mengalami pertumbuhan yang besar di kalangan komuniti rakan pemandu dan penghantar.

“Kami komited sepenuhnya untuk memastikan bahawa platform ini terus memainkan peranan penting dalam menyokong isi rumah warga Malaysia,” kata Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara, Grab Malaysia.

Pemenang peraduan Rider Raya Bergaya akan diumumkan di rumah terbuka Raya Grab pada 5 Jun 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://grb.to/RiderRayaBergaya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here