PDRM terima 2,000 unit kamera badan bermula Jun ini

1340

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepat penawaran tender perolehan kamera badan, bagi kegunaan anggota polis di lapangan.

Menurut Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada KDN berhubung pembelian kira-kira 2,000 unit kamera badan itu.



“Saya membawa perkara ini kepada KDN untuk mempercepat proses tender aset berkenaan dan didapati ia berada di atas landasan dan diharap dapat dilaksanakan pada hujung Mei ini atau Jun depan,” katanya.

kamera badan

Beliau berkata, perolehan itu akan melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Teknikal sebelum dipilih oleh Lembaga Perolehan Tender di KDN, bagi mengeluarkan surat setuju terima kepada syarikat yang terpilih.

kamera badan

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah penjenayah atau orang tidak bertanggungjawab, kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan untuk kegunaan anggota polis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here