Lelaki larikan Perodua Bezza dan kanak-kanak ditahan hari ini

1278

Lelaki yang melarikan sebuah kereta dan kanak-kanak perempuan ketika ibunya keluar membeli barang di kedai haiwan di Seri Manjung semalam direman selama empat hari.

Imej: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, reman suspek berusia 24 tahun itu bermula hari ini hingga Isnin.

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Semalam portal Harian Metro melaporkan, seorang lelaki melarikan sebuah Perodua Bezza bersama kanak-kanak berusia 12 tahun pada 11:30 pagi sebelum cuba dihalang ibu kanak-kanak itu, namun gagal.

Suspek kemudian berjaya ditahan dengan bantuan orang awam dan kereta bersama kanak-kanak itu dapat diselamatkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here