Tiada SOP halang keluar selepas 8 malam

2713

Polis memaklumkan tiada prosedur operasi standard (SOP) yang melarang orang ramai keluar sebelum jam 8 pagi seperti ditularkan di media sosial.

Ia berikutan video berdurasi 29 saat yang ditularkan di Twitter membabitkan seorang pemandu sebuah kereta ditahan anggota trafik dalam sekatan jalan raya di Jalan Persiaran Anggerik Eria, Seksyen 31 dekat sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata menerusi video itu, terdapat perbualan antara anggota trafik dan pemandu terbabit.



Beliau berkata anggota trafik bertanyakan mengenai surat pergerakan serta tujuan pemandu itu keluar.

“Anggota itu juga menerangkan SOP pergerakan PKP, bagaimanapun tiada sebarang kompaun dikeluarkan kepada pemandu berkenaan.

“Kita ingin menegaskan bahawa tiada SOP yang menyatakan kenderaan tidak boleh berada di atas jalan raya bermula jam 8 malam hingga 8 pagi.

“Segala kesulitan serta salah faham amat dikesali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Baharudin memaklumkan sebanyak 78 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam operasi bermula jam 7 hingga 9.30 pagi.

Katanya, hasil operasi itu juga pihaknya mengesan sebuah kenderaan lain yang gagal memastikan jumlah penumpang dalam kenderaan persendirian mengikut kapasiti kenderaan.

Berikutan itu, satu kompaun PKP dikeluarkan mengikut Peraturan 17 (3) (No 5) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Ketika Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here