Grab tawar potongan harga kepada warga emas yang ingin dapatkan vaksin

858

Grab Malaysia menawarkan potongan harga sehingga RM8 bagi golongan berusia 60 tahun ke atas yang ingin mendapatkan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) seluruh negara.

Menurut Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh, tawaran itu diberikan bagi empat kali perjalanan pergi dan balik apabila menggunakan aplikasi Grab bermula 12 Jun ini.



Menurutnya, program itu diperkenalkan apabila terdapat laporan yang menyatakan golongan warga emas menghadapi masalah pengangkutan, sekali gus menjadi punca utama mereka tidak menghadiri temu janji vaksinasi.

Promosi khas itu, katanya, merangkumi perjalanan untuk janji temu pengambilan kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.

potongan harga grab
Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh

“Grab Malaysia juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) serta Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan semua lokasi di pusat vaksinasi ada di dalam aplikasi Grab.

“Bagi warga emas yang tidak mempunyai kenderaan atau pengangkutan sendiri, Grab menyediakan lokasi drop-off di semua pusat vaksinasi seluruh negara.

“Promosi ini akan dihantar terus ke dalam peti mel pengguna yang layak dan berdaftar,” katanya dalam suatu kenyataan.

Goh berkata, program vaksinasi untuk warga emas oleh Grab ini dibangunkan bagi memudahkan akses perjalanan menerusi aplikasi Grab.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here