PKP 3.0: Semua perkhidmatan ERL digantung bermula esok

877

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan trennya mulai esok sehingga notis lanjut susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

perkhidmatan erl

Menurut ERL, keputusan itu dibuat susulan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat selain mengambil kira arahan terkini kerajaan berhubung langkah bekerja dari rumah serta sekatan perjalanan lebih ketat yang bermula semalam.



“Justeru, bagi memastikan ERL mampu meneruskan perkhidmatan kepada semua pelanggannya sebaik sahaja PKP ditamatkan dan kekal mampan dari segi kewangan, syarikat dengan penuh rasa kesal terpaksa menggantung sementara perkhidmatannya sehingga notis lanjut,” kata kenyataan dari ERL.

Kenyataan itu menyebut lebih setahun selepas penularan pertama Covid-19, hampir tidak ada perjalanan udara dan bilangan pengguna perkhidmatan tren tersebut adalah terhad.

Ini menyebabkan purata pengguna harian ERL merosot sebanyak 69 peratus pada 2020 berbanding 2019 sebelum negara dilanda Covid-19 dan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh semalam, purata penumpang terus menjunam sebanyak 89 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan itu, mereka yang terpaksa melakukan perjalanan kerana perkara yang mustahak sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah dinasihatkan mengambil langkah alternatif untuk pengangkutan mereka.

Maklumat berhubung opsyen pengangkutan dari setiap stesen ERL dan kemas kini perkhidmatan boleh didapati di laman sesawang www.KLIAekspres.com, Facebook serta Twitter KLIA Ekspres.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan lanjut sila hubungi Pertanyaan Pelanggan di talian 03-2267 8000 (Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi hingga 6 petang).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here