Bilangan SJR di seluruh negara dipertingkatkan melebihi 1,000 sehari – KDN

1354

Pemantauan dan penambahan bilangan sekatan jalan raya (SJR) khususnya di Selangor serta ibu negara telah dipertingkatkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bermula semalam.

bilangan SJR

Tindakan ini dilakukan susulan bilangan kenderaan di sesetengah lokasi masih tidak berkurangan.



Menurut Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berbanding 930 SJR dan Ops Benteng yang ada sekarang, jumlahnya mungkin ditingkatkan, iaitu melebihi 1,000 SJR pada setiap hari.

Katanya, beliau masih belum berpuas hati dalam perkara itu selepas pemantauan dilakukannya sendiri baru-baru ini, meskipun sekatan pergerakan penuh sudah berlangsung sejak Selasa lalu.

bilangan SJR

Lanjut Hamzah, pihaknya sudah membawa perkara ini dalam perbincangan dan memutuskan SJR serta pemantauan di seluruh negara akan dipertingkatkan mulai semalam.

Keputusan itu dilakukan hasil perbincangan dengan Ketua Polis Negara dan dua negeri iaitu Selangor serta Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan.

Sebelum ini, Hamzah berkata, sekatan jalan raya di seluruh negara akan ditambah daripada 600 kepada lebih 800, bermula sekatan penuh dilaksanakan.

Kira-kira 70,000 anggota polis dan agensi bawah KDN juga akan ditugaskan sepanjang tempoh terbabit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here