Pelawak dengan pakaian Superman dilanggar ketika cuba tahan bas guna tangan

18804

Watak adiwira Superman sememangnya terkenal kerana mempunyai ‘kuasa’ luar biasa seperti kekebalan, kelajuan yang amat pantas, kuasa mata dan kekuatan yang bahkan mampu menahan apa jua halangan.

Semua tersebut hanyalah satu watak fiksyen dan sudah tentu ianya tidak wujud di dunia yang nyata.



Namun baru-baru ini, seorang pelawak yang berpakaian adiwira Superman mengundang perhatian ramai apabila cuba menahan bas dengan tangannya sehingga menyebabkan dia dilanggar kenderaan itu.

superman bas

Pelawak tersebut iaitu Luiz Ribeiro de Andrade, 35, dilanggar bas di Barra dos Coqueiros yang terletak dalam Majlis Perbandaran Brazil, bulan lalu.

Lelaki itu mengenakan pakaian lengkap Superman berwarna merah dan biru seolah-olah ingin membuktikan dia mempunyai ‘kuasa’ luar biasa.

superman bas

Rakaman video yang tular memaparkan lelaki itu tetap berkeyakinan berdiri di tengah jalan sambil memegang mikrofon ketika bas memecut laju ke arahnya.

Akibat perlanggaran itu, Luiz tercampak kehadapan, namun, dia masih kekal berdiri dan berkata dia adalah ‘lelaki besi’.

Menerusi satu temu bual, dia menjelaskan kemalangan itu adalah sepenuhnya disebabkan kesalahan dirinya dan tiada kaitan dengan masalah brek bas seperti yang didakwa.

“Saya bertanggungjawab atas segala-galannya. Saya pergi ke syarikat bas itu supaya pemandu tidak dikenakan sebarang hukuman.

“Tiada masalah brek. Pemandu itu melakukan apa yang dia mampu dan saya sebenarnya bersalah dan bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” jelasnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here