Kastam Filipina musnahkan 21 unit kereta mewah yang diseludup

2340

Pemerintah dan pihak Kastam Filipina baru-baru ini menyita 21 unit kereta mewah yang dibawa masuk ke negara tersebut secara seludup.

kereta filipina

Keseluruhan kenderaan tersebut yang bernilai USD1.2 juta (RM4.9 juta) kemudian dilupuskan dengan cara dihancurkan menggunakan jengkaut (excavator).



Terdiri daripada McLaren 620R, Bentley Flying Spur, Porsche 911, Mercedes SLK, Lotus Elise, Hyundai Genesis coupe, dan Toyota Solara, semua kenderaan ini difahamkan diseludup bermula tahun 2018 hingga 2020.

kereta filipina

Presiden, Rodrigo Roa Duterte, sememangnya tegas dalam mengambil tindakan kepada rakyat Filipina yang mengimport barangan dengan cara seludup. Duterte menguatkuasakan Arahan Presiden 2017-447, dimana dalam undang-undang ini, kenderaan yang telah dirampas mesti dimusnahkan.

Hal ini dilakukan bagi memberi amaran kepada rakyat bahawa kerajaan Filipina sangat serius dalam menangani kes penyeludupan.

Detik-detik penghancuran kesemua kereta tersebut disaksikan secara langsung oleh wakil dari Kementerian Kewangan Filipina, Suruhanjaya Audit dan pegawai dari pihak Kastam yang diketuai oleh Pesuruhjaya Rey Leonardo B. Guerrero.

Ini bukan kali pertama pihak Kastam dan pemerintah Filipina memusnahkan puluhan kereta yang dirampas.

Sebelum ini pada 9 Februari 2021, mereka telah memusnahkan 17 unit kereta, yang terdiri daripada BMW Z1, Ferrari 360 Spider, Lamborghini Gallardo, Renault 5 Turbo, Opel Manta, Maserati Quattroporte, dan Mercedes SL55 AMG di Pelabuhan Cebu dan Pelabuhan Manila.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here