Dah besar anak David Beckham, siap bawa Maserati Levante lagi

7195

Anak kepada pemain kelab bola sepak terkenal Manchester United, David Beckham, dilihat memandu sebuah Maserati sebelum berjumpa rakannya. SUV Maserati Levante itu berharga 65,065 Pound (RM375,000) di sana.

Menurut Daily Mail, harga Maserati Levante itu boleh mencecah sehingga 125,370 Pound (RM721,000) bergantung kepada spesifikasi.



Romeo Beckham, 18, merupakan anak kepada pasangan Beckham dan Victoria hanya memakai seluar panjang dan baju berwarna hitam serta topi besbol berwarna putih.

Kawannya yang merupakan bekas penyanyi Strictly, HRVY, 22, dilihat memakai jeans berwarna biru dan baju berwarna kuning.

Jika anda tertanya kenapa Maserati Levante menjadi pilihan Romeo Beckham, harus diketahui bahawa bapanya baru-baru ini dilantik sebagai duta global baharu untuk jenama eksotik Itali itu.

Di Malaysia, edisi terkini SUV prestasi tinggi itu ialah Levante Trofeo yang dilancarkan pada 2020, berharga RM838,800.

Ia dikuasakan oleh enjin 3.8-liter twin-turbo V8 dari Ferrari, yang menjana 590hp dan 730Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan dan menghantar kuasa ke semua roda melalui sistem pacuan semua-roda Q4.

Levante juga dilengkapi suspensi udara boleh-laras dengan fungsi adaptif. Dari segi prestasi, Maserati Levante mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam 3.9 saat, manakala kelajuan maksima 304km/j.

Semua foto adalah dari The Sun dan Daily Mail.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here