Honda Civic Hatchback 2022 dengan pilihan manual 6-kelajuan, enjin 2.0 dan 1.5 turbo

2923

Seperti dijangka, Honda Civic Hatchback 2022 serba baharu didedahkan selepas versi sedan membuat kemunculan beberapa bulan lepas. Menurut Honda, versi hatchback ini disasarkan untuk “pembeli aktif dan muda”.

Rekaan depan Civic hatchback ini mengambil elemen berbeza dari versi sedan generasi FE yang terdiri dari gril heksagon berbanding sirip melintang.



Perubahan terbesar adalah pada bahagian belakang, dimana overhang di sini adalah 124mm lebih pendek dari sedan.

Civic Hatchback juga mendapat bumbung yang sedikit melengkung yang membuatkannya nampak lebih sleek dari sedan. Kebanyakan komponen adalah dari bahan komposit ringan, dan Hatchback ini juga diberikan rekaan lampu belakang berbeza dari sedan.

Bila hatch belakangnya dibuka, ia memberikan bukaan 40.6mm lebih lebar berbanding Civic Hatchback generasi sebelum ini (FK7). Dari segi ruang kargo pula, Civic Hatchback mempunyai 694-liter, iaitu lebih kecil berbanding 728-liter pada sedan.

Tidak seperti sedan, versi Civic Hatchback ini boleh dipilih dengan transmisi manual 6-kelajuan untuk enjin 2.0-liter naturally aspirated (158hp, 187Nm) dan 1.5-liter turbo (180hp, 240Nm).

Terdapat juga transmisi CVT sebagai standard, dan varian Sport serta Sport Touring ditambah dengan paddle-shifters.

Honda turut menyatakan terdapat perubahan pada suspensi dan stereng untuk memberikan Civic Hatchback pengendalian lebih sporti berbanding sedan.

Di bahagian dalam, varian asas akan mendapat skrin instrumen 7.0-inci dan unit infotainmen bersaiz sama. Varian Sport Touring didatangkan dengan paparan instrumen 10.2-inci dan infotainmen 9.0-inci.

Honda Civic Hatchback akan diproduksi di kilang Greensburg, Indiana untuk pasaran Amerika Syarikat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here