Bekas ratu cantik disyaki mabuk, positif ganja rempuh dan tumbuk polis di SJR

3396

Seorang bekas ratu cantik negara ditahan selepas bertindak agresif merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) dan menumbuk anggota polis dalam satu kejadian kira-kira 2.10 pagi di Lebuh Raya Persekutuan. 

Tindakan suspek yang tidak menghentikan kenderaan di SJR memaksa anggota kereta peronda polis segera mengejar dan menahan kenderaan suspek namun wanita itu turut menumbuk anggota polis yang cuba menahannya.



Wanita berusia 28 tahun itu dipercayai mabuk ketika ditahan bahkan rakannya juga turut dicedera akibat dipukul suspek. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, setibanya di SJR wanita terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. 

Ujarnya, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua wanita berkenaan juga didapati positif dadah jenis ganja. Suspek direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

BACA>>Wanita selamat bersalin dalam kereta di SJR gara-gara tak sempat ke hospital

BACA>>#Tips: Boleh jimat minyak kalau tutup aircond? Ini jawapannya

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here