42 pemilik Lamborghini China sertai pengembaraan 5 hari acara Esperienza Giro

2403

Puluhan pemilik Lamborghini di China baru-baru ini mengambil bahagian dalam acara Esperienza Giro yang mana mereka mengembara lebih dari 800km merentasi beberapa negara melalui lokasi yang indah. 

Esperienza Giro

Sebanyak 42 unit Lamborghini terlibat antaranya Huracan, Aventador dan Urus memulakan perjalanan di Yinchuan lalu menyusuri kawasan pergunungan Helan.



Dalam perjalanan tersebut, konvoi Lamborghini ini melalui Route 66, melewati padang pasir, perkampungan kecil dan menuju ke Tonghu Grassland. Mereka juga singgah di Tengger Desert yang mana pemandu Urus berpeluang menggunakan mod Sabbia (pasir).

Esperienza Giro

Selain itu, konvoi juga membawa peserta ke Kuil Fuyin, Yellow River dan Lanzhou Danxia Geological Park.

Mereka bermalam di Desert Star Hotel yang terletak di satu oasis indah di padang pasir. Acara tahunan Esperienza Giro itu melibatkan pengembaraan selama lima hari.

Esperienza Giro

China menjadi pasaran Lamborghini yang semakin penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2020, pengeluar Itali itu berjaya menjual 604 unit kenderaan di China, menjadikannya pasaran terpenting ketiga di belakang Jerman (607 unit jualan) dan Amerika Syarikat (2,224 unit jualan).

Lamborghini Urus terbukti sangat popular dalam kalangan pembeli China yang mana mereka mengalahkan Jerman untuk menjadi pasaran kedua terbesar produk itu pada 2021.

BACA>>Lain dari yang lain, Kim Kardashian jadikan Lamborghini Urus miliknya berbulu

BACA>>Maki kereta sebelah, netizen salahkan pemilik Lamborghini tak pandai parkir

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here