Hafiz Mahamad beri sumbangan, bantu pemandu Perodua Myvi terlibat kemalangan

1688

Kisah aksi Perodua Myvi sering kali menarik minat warganet, sehingga ada yang memanggil kereta ini dengan gelaran ‘Supercar Malaysia’.

gambar hiasan

Sebut sahaja seperti aksi seperti membelok secara tiba-tiba, ambil lajak yang keterlaluan untuk membelok, bahkan terbang sekalipun, ianya pasti melibatkan sebuah Myvi.

Namun baru-baru ini, seorang pemandu Myvi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah dibantu oleh personaliti media sosial iaitu Hafiz Mahamad.



hafiz mahamad myvi

Menurut Hafiz, Myvi yang dipandu pemuda tersebut agak remuk di bahagian depan, namun mangsa nahas bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz berkongsi video kejadian tersebut untuk tatapan umum.

“Tadi terserempak adik ni sorang sorang tepi jalan tengah kutip barang kereta dia yang baru accident.

hafiz mahamad myvi

“Teruk juga kereta tadi. Saya berhenti teman dia sementara tunggu kawan dia datang. Ada sikit saya bagi duit boleh buat tambah untuk towing.

“Alhamdulillah adik ni takde apa-apa cuma kesian adik ni, dalam waktu sekarang ni susah nak cari rezeki dan kereta pula kemalangan.

“Teringat balik raya dulu, kereta rosak dan ramai yang datang tolong. Kereta rosak macam mana pun, hati tetap happy sebab dapat balik beraya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 18 saat itu lagi, kejadian yang berlaku di tepi sebuah lebuh raya itu mungkin disebabkan oleh permukaan jalan yang licin berikutan cuaca hujan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya melahirkan rasa simpati kepada pemuda yang baru sahaja berdepan musibah itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here