Kerajaan beri kelonggaran sukan pemotoran bukannya lumba haram, kan dah kena angkut!

2160
 
Awal bulan Ogos Kerajaan mengumumkan  kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.
 
Salah satu daripadanya adalah sukan yang merangkumi aktiviti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.
Walaupun aktiviti pemotoran dibenarkan perlu difahami lumba harap tidak dibenarkan. Ini yang berlaku apabila masih ada lagi segelintir golongan yang mengambil kesempatan atas kebenaran yang diberikan. 
 
Seramai 95 individu dan 60 buah kenderaan serta dua individu ditahan dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987) kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
 
Manakala 38 individu turut dikompaun di bawah Peraturan 16 (2) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 atas sebab berkumpul dan tiada penjarakan fizikal.
 
Operasi Samseng Jalanan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengeluarkan 76 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik di Jalan Lingkaran Tengah Dua Gombak.
 
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Gombak, Asistan Superintenden Polis, Mohd Fahmmi bin Mohd Hasmi menasihatkan ibu bapa serta penjaga supaya mengawal anak-anak daripada terlibat dengan kegiatan tidak siha.
 
Di samping itu, Fahmmi juga meminta rakyat terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
 
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here