[Video] Kereta terbang masuk restoran, nyaris rempuh pelanggan sedang nikmati makanan

2085

Kejadian seperti kemalangan kereta boleh berlaku tanpa diduga dan secara tiba-tiba tidak kira di mana sahaja kita berada. 

Seperti yang berlaku dalam video rakaman kamera tertutup (CCTV) ini yang menunjukkan sebuah kereta ‘terbang’ yang melintas secara tiba-tiba.



Sebelum itu, sedan berwarna perak itu merempuh dua kenderaan lain yang menunggu di barisan pandu lalu dan bergolek lalu berhenti di depan kedai. 

Kereta itu hampir merempuh keluarga yang sedang makan di meja luar restoran yang terletak di kawasan South Brunswick, New Jersey, Amerika Syarikat.

Menurut laporan NJ, pemandu kereta yang terbabas itu dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan manakala seorang kanak-kanak salah satu dari kereta yang dilanggar juga turut cedera bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

Ketua polis South Brunswick, Raymond Haydukca berkata adalah satu keajaiban apabila tidak ada yang tercedera mahupun terbunuh dalam nahas berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here