Elak lumba haram, ibu bapa jangan manjakan anak dengan beli motosikal – Polis

1721

Polis menasihatkan ibu bapa jangan terlalu manjakan anak-anak khususnya di bawah umur dengan membelikan mereka motosikal yang kemudiannya digunakan untuk berlumba secara haram atau aktiviti samseng jalanan.

manjakan anak

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, nasihat itu diberikan kerana sepanjang Ramadan ini bermula 16 April sehingga 23 April lalu didapati terdapat aktiviti perlumbaan motosikal haram di beberapa lokasi di daerah itu.



“Kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah namun ada juga segelintir yang sudah bekerja, berumur antara 17 hingga 26 tahun,” kata Nor Omar.

“Aktiviti ini selalunya dilakukan selepas solat Tarawih di beberapa lokasi tumpuan termasuk Lebuhraya Pantai Barat (WCE),” tambahnya.

Menurut Nor Omar, dalam tempoh tersebut, polis sudah menahan empat remaja Melayu berusia 16 hingga 24 tahun mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Remaja yang ditahan kerana berlumba motosikal dalam operasi di daerah Manjung bermula 16-23 April lalu

Jelasnya, sebanyak 23 motosikal pula disita di bawah Seksyen 64(1) akta sama manakala 178 saman dikeluarkan terhadap samseng jalanan tersebut.

Katanya, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 248 motosikal dan 295 penunggang serta pembonceng kenderaan itu.

“Kawasan yang dikenal pasti aktiviti kumpulan tersebut ialah Jalan Batu 12 ke susur lampu Isyarat Lebuh Raya WCE, Jalan Semarak Api, Seri Manjung, Kilometer (KM) 5 hingga KM 9 Jalan Lumut- Sitiawan serta KM 6 hingga KM 8 jalan sama,” katanya.

Lanjut Nor Omar, Bahagian Siasatan dan Penguatkuassan Trafik dengan bantuan unit MPV dan Unit Ronda bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung akan mengatur operasi serta menggempur kumpulan itu berdasarkan maklumat, secara berterusan dari masa ke semasa.

Beliau menasihatkan ibu bapa agar jangan manjakan anak dengan membelikan motosikal anak yang bawah umur dan tiada lesen memandu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here