Toyota GR Yaris di Mexico, habis dijual dalam 24 jam!

1200

Toyota GR Yaris baru-baru ini dibuka untuk pra-pesanan di Mexico, dan semua 300 unit yang ditawarkan habis dijual dalam hanya 24 jam.

gr yaris mexico

Pra-pesanan hot hatch ini difahamkan dibuka pada 15 April lalu, dan dijual pada harga Mex$699,900 (RM144,984), manakala bayaran permulaan untuk pra-pesanan ialah pada Mex$20,000 (RM4,143).



Di bawah hud GR Yaris terletaknya satu enjin istimewa. Unit 1.6-liter 3-silinder DOHC dengan intercooler turbo ini menjana 261PS (257hp) dan 360Nm tork. Ia merupakan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia.

Transmisi ialah manual 6-kelajuan dengan fungsi rev-matching dan sama seperti jentera WRC, ia menggunakan pacuan semua-roda GR-Four. Terdapat juga LSD Torsen di kedua-dua gandar.

“Mexico menyertai Jepun, Australia, Argentina dan Sepanyol sebagai beberapa negara yang akan dapat menikmati rasa kegembiraan yang digambarkan oleh orang Jepun sebagai Waku Doki, kerana pada musim panas akan datang mereka akan memilik GR Yaris eksklusif,” kata wakil presiden operasi di Toyota Motor Sales of Mexico, Guillermo Díaz.

Rakyat Mexico yang tidak sempat mendapatkan hot hatch ini berpeluang untuk mendaftar dalam senarai menunggu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here