Subaru dedah model konsep elektrik pertama kerjasama dengan Toyota

1042

Subaru berkongsi beberapa keping foto crossover elektrik Solterra (2023) hasil kerjasama antara Toyota. Model itu bakal dikeluarkan bermula pertengahan tahun 2022.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Subaru of America (@subaru_usa)

Konsep reka bentuk Solterra sama dengan kenderaan elektrik (EV) Toyota bZ4X, yang turut berkongsi platform sama e-TNGA Toyota yang dijenamakan semula kepada Platform Global e-Subaru Global (e-SGP).



Teknologi itu membolehkan tawaran beberapa varian pilihan enjin dan sistem pacuan dua roda (2WD) atau semua roda (AWD).

Rekaan kabin juga sama dengan model konsep Toyota bZ4X yang mana papan pemuka dihiasi dengan skrin tengah yang cukup besar, skrin kluster digital, serta rekaan roda stereng yang konvensional.

Solterra menggunakan lampu jenis LED yang kemudian dipadankan dengan reka bentuk bonet lebih kukuh dengan jarak kelegaan tanah lebih tinggi. 

Maklumat terperinci mengenai aspek teknikal, harga dan sesaran enjin masih belum diumumkan sepenuhnya.

Tetapi Subaru menyatakan harga anggaran pesaing Ford Mustang Mach-E dan Volkswagen ID.4 itu bermula daripada AS 40,000 RM(165,860).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here