Fiat 500 Jolly, kisah kereta klasik bertenaga elektrik

1189

Kisah kali ini tertumpu kepada Garage Italia dan model restomod mereka cukup menarik membabitkan sebuah Fiat 500 Jolly.

Restomod bermaksud proses restorasi kenderaan lama tetapi diadun dengan teknologi model, komponen dan enjin masa kini. Mereka membina semula Fiat 500 Jolly itu dan memasukkannya dalam rangkaian produk yang dikenali sebagai Icon-e.



Melihat pada huruf e itu, ternyata ia ada sentuhan elemen mesra alam. Ia sebuah kereta elektrik berbadan klasik.

Fiat 500 Jolly dibina sebanyak 500 unit oleh Ghia antara tahun 1957 dan 1974. Kereta kecil ini digemari untuk pemanduan santai di pinggir bandar yang memiliki pantai terbentang luas. Kereta ini agak terbuka kerana tidak ada bumbung dan lebih menarik, tiada pintu.


Cermin depannya rendah, manakala tempat duduknya kelihatan seakan kerusi di kafe mewah. Sentuhan elemen krom pada beberapa sudut menjadikan 500 Jolly Icon-e ini tampak menawan.

Garage Italia juga meningkatkan elemen kemodenan dengan penggunaan instrumen digital dan struktur diperkukuhkan pada cermin hadapan. Tali yang digunakan untuk penghasilan kerusi ini diambil daripada tali kegunaan aktiviti luar.

Motor elektrik dipasang pada model 500 Jolly ini disambung pada sistem transmisi oleh Garage Italia. Sungguhpun begitu, mereka tidak mendedahkan output kuasa jentera ini temasuk kapasiti bateri.

Masa yang diperlukan untuk mengecas ialah empat hingga lapan jam dan soket pengecas ada di belakang logo Fiat di bahagian depan kereta.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here