Vincent Tan mahu jual kapal layar ‘Asean Lady’, harga RM145 juta

5302

Taikun Tan Sri Vincent Tan ingin menjual kapal layar sepanjang 88 meter pada harga Euro 30,500,000 (RM145, 421,502).

Kapal layar yang dinamakan sebagai Asean Lady itu dibina pada 2004 dan setahun kemudian ia dianugerahkan sebagai Most Innovative Motor Yacht oleh Showboats International.



Kapal layar tersebut dibina oleh Yantai Raffles Yachts dan direka oleh Ian Mitshcell. Asean Lady menampilkan reka bentuk unik yang diinspirasikan daripada proa iaitu sejenis kanu buluh yang digunakan oleh orang asli di Pasifik Selatan.

Bentuk asimetri itu menyelesaikan banyak isu kapal layar mewah biasa seperti ruang, bunyi bising dan kestabilan pada sauh bahkan ketika pelayaran. Kapal layar yang kini diparkir di Langkawi itu dikuasakan oleh enjin tunggal 2000hp dengan pemacu azimut kipas lawan-putaran (CRP).

Dengan kelajuan 15 knot, Asean Lady turut dilengkapi dengan penujah boleh tarik 600hp yang mampu mendorongnya pada kelajuan 7 knot.

Selain itu, kapal pelayar itu juga mampu bergerak secara mengiring sama ada ke depan atau belakang yang menjadikan operasi berlabuh dengan mudah. Kestabilan Asean Lady juga diuji pada Disember 2004 apabila terselamat daripada tsunami sewaktu berlabuh di Phuket.

Menurut Designboom, bahagian dalam megayatch itu cukup luas dengan tawaran lapan bilik dan mampu memuatkan 18 tetamu. Bilik terbesar di kabin utama dengan keluasan 160 meter persegi didatangkan lengkap dengan balkoni dan pejabat. 

Bilik mandinya pula dilengkapi dengan singki berkembar, tab mandi dan pancuran mandian yang berasingan. Selain itu, ia turut mempunyai ruang istirehat, bar, bilik karaoke dan ruang makan serba elegan.

Kapal layar ini juga mempunyai helipad dan ruang  menyimpan koleksi jet ski. Difahamkan sebut harga Asean Lady dikurangkan sebanya Euro 500,000 (RM2.4 juta). Berminat?…boleh lihat informasi kapal layar tersebut di sini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here