Kereta Ford Pinto (1974) dengan tulang manusia ditemui, misteri 45 tahun terungkai

4716

Misteri kehilangan Kyle Clinkscales bersama kereta Ford Pinto Runabout (1974) bewarna putih terungkai selepas 45 tahun sejak dilaporkan hilang pada 27 Januari 1976.

Kyle merupakan seorang pelajar di sebuah universiti Auburn di LaGrange, Georgia, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke sekolah. Namun, kehilangannya tidak dapat dirungkai pihak penyiasat  dan menjadi misteri. 



Status kehilangan Kyle tidak diketahui kerana tidak meninggalkan jejak dan bukti yang boleh dikaitkan sama ada akibat tindakan jenayah mahupun kemalangan. 

Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan seorang lelaki menjumpai sebuah kereta Ford Pinto yang dipercayai milik Kyle di sebuah sungai kecil di Chambers County, Alabama. Bahagian bumbung kereta itu remuk teruk dan diselaputi lumut.

Di dalam kereta tersebut terdapat pengenalan diri dan dompet dipercayai milik Kyles, turut ditemui bersama tulang-tulang yang dipercayai rangka manusia yang belum disahkan identiti. Namun, penemuan tersebut sedikit sebanyak melegakan pihak penyiasat selepas 45 tahun.

Bagaimanapun, ibu bapa kepada Kyles sudah meninggal dunia yang mana bapanya meninggal pada 2007 dan ibunya (2021). Walaupun kereta itu sudah ditemui, namun cara kematiannya meninggalkan tanda tanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here