Bapa baring tengah jalan minta polis tahan, kecewa anak tak boleh selesai Matematik mudah

1181

Seorang bapa menimbulkan kekecohan apabila berbaring di tengah jalan yang sibuk di negara China.

Lebih mengejutkan insiden itu berlaku hanya kerana anaknya tidak dapat menyelesaikan soalan Matematik. Lelaki yang berasal dari Kunshan, Jiangsu itu baring di tengah jalan dan meminta polis menahannya. 

Gambar hiasan

Hanya dikenali sebagai Gao, dia dikatakan begitu marah bahkan berputus asa selepas anaknya memberi jawapan salah walaupun sudah menghadiri beberapa tuisyen.



Gara-gara putus harapan, dia engan pulang ke rumah. Aksinya itu menimbulkan kekecohan besar sehingga polis mendekati Gao.

“800 tolak 700, dia jawab 900, saya sangat marah saya tak boleh ajar dia” katanya kepada anggota polis. 

Selepas beberapa minit, akhirnya polis berjaya membawa Gao ke bahu jalan dan memujuknya untuk pulang ke rumah.

Nampaknya, tugas ibu bapa Asian semakin berat dan barang kali terlalu kecewa dan tidak boleh mengawal emosi bapa ini bertindak keluar dari rumah. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here