Selepas dua tahun jatuh ke dasar laut, akhirnya pihak operasi mencari temui kontena berisi Chevy Silverado

6717

Dua unit Chevrolet Silverado berjaya dijumpai dan diangkat ke darat selepas dua tahun tenggelam di dasar Lautan Pasifik pada kedalaman 100 hingga 150 meter.

Kedua-dua trak GM itu diimport ke Australia dari Amerika Syarikat menggunakan kapal ekspedisi YM Efficiency. Namun, kapal kargo tersebut berdepan dengan ribut dahsyat ketika dalam perjalanan dari Kaohsiung, Taiwan menuju ke Port Botany di Australia.



Cuaca buruk itu menyebabkan 83 buah kontena jatuh ke laut kira-kira 25km dari bandar Newcastle di Australia dan salah satunya adalah kontena yang mengandungi dua unit Chevrolet Silverado.

Dalam operasi pencarian, hanya dua  kontena dapat ditemui setelah hanyut ke darat. Sementara 10 kontena lain berada di dasar laut. Salah satu kontena yang diambil dari dasar laut tersebut adalah Chevrolet Silverado (2018).

Operasi mencari kontena tersebut diketuai oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA). Berdasarkan gambar dikongsi, trak pikap tersebut kelihatan rosak teruk.

Ini kerana kontena tersebut jatuh dari ketinggian 120 meter. Selain badan yang hancur, warna cat juga pudar dan beberapa bahagian mulai berkarat.

Trak pikap tersebut sebenarnya untuk pasaran Australia yang dijual pada harga sekitar Australia Dolar 150,000 (RM453,808).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here