Rolls Royce Phantom Amitabh Bachchan disita, gara-gara…….

2506

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Bollywood tersohor Amitabh Bachchan. Selain pelakon senior terkenal, dia juga sebenarnya memiliki beberapa koleksi kereta mewah salah satunya Rolls Royce Phantom.

Namun, baru-baru ini dikhabarkan Rolls-Royce Phantom miliknya disita oleh Pejabat Pengangkutan Wilayah Bengaluru atas kesalahan pelanggaran cukai jalan. Bagaimanapun, kesalahan tersebut dilakukan oleh pemilik baru yang membeli Rolls-Royce Phantom dari Amitabh Bachchan.



Pemilik baru yang merupakan seorang usahawan kereta terpakai terkenal dari Bengaluru itu dikatakan gagal menunjukkan dokumen yang sah.  

Dia dikatakan sengaja tidak memindahkan namanya pada geran kenderaan hanya kerana tidak mahu rugi kerana pemilik baharu Phantom tersebut nanti akan menjadi pemilik ketiga. 

Justeru itu, nilai pasaran Phantom akan menurun. Kereta itu sebelum ini dimiliki oleh Amitabh Bachchan, sebagai hadiah untuk anugerah penerbit filem terkenal Vidhu Vinod Chopra pada 2007.

Ketika itu, harga asas Rolls Royce Phantom ialah indian rupee 3.5 crore (RM1.9 juta). Bagaimanapun, pihak polis akan melepaskan kereta tersebut jika pemilik dapat menunjukkan dokumen sah, dan jika sebaliknya ia akan dilelong.

Model lain yang turut disita dalam kejadian tersebut antaranya Audi, Porsche, Jaguar, Ferrari, Lamborghini dan Land Rover. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here