Penghantar makanan berdepan detik cemas nyaris terjunam jalan berlubang

1108

Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas apabila nyaris terjunam ke dalam sebuah lubang akibat mendapan jalan raya di Jalan Teluk Likas, di Kota Kinabalu.

Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV pemilik salah sebuah rumah di kawasan berhampiran melalui, dapat dilihat penghantar makanan hampir terjunam ke dalam lubang besar berkenaan namun sempat memberhentikan motosikal ditunggangnya sebelum terjatuh ke bahu jalan.



Bagaimanapun, laluan tersebut ditutup sementara kepada pengguna jalan raya susulan terdapat mendapan hingga mengakibatkan lubang atau ‘sinkhole‘ di jalan berkenaan.

 Ramai pengguna ketika itu beranggapan ada berlaku kemalangan, namun menyedari ada lubang besar akibat mendapan tanah. Orang ramai berharap jalan tersebut diperbaiki dengan cepat kerana ia boleh membahayakan penggunakan jalan raya yang melalui jalan ini khususnya ketika waktu malam dan hari hujan.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas kerana ramai dalam kalangan orang awam sudah memulakan semula aktiviti harian seperti keluar bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

Sementara itu, Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid dalam laporan Harian Metro berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan segera mengenai kejadian itu dan syarikat konsesi Globinaco juga sudah diarahkan untuk meninjau keadaan di lokasi kejadian.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here