[Video] Pemandu Serena terlupa letak nozel minyak, si perakam kena kecam netizen

946

Sebuah rakaman video tular di laman sosial, memamparkan aksi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena secara tidak sengaja terlupa untuk meletakkan semula nozel pam minyak selepas mengisinya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesyen pam minyak di Kota Kemuning, Selangor sehingga hampir merobohkan pam minyak di premis tersebut.



Menerusi rakaman itu, situasi tersebut sempat dirakam salah seorang pemandu lain yang berada di belakang Serena, dapat dilihat pemandu Serena tergesa-gesa hendak bergerak keluar hingga terlupa meletakkan semula nozel kuning di gagang asal selepas selesai mengisi minyak.

Namun, bernasib baik pemandu berkenaan sempat menyedari dan segera mengundurkan kenderaannya sebaik mengetahui nozel dan hos telah tercabut.

Bagaimanapun, bukan kecuaian pemandu Serena itu yang menjadi tumpuan netizen sebaliknya mengecam sikap perakam video di belakangnya yang merakam sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Malah, orang ramai mengecam tindakan si perakam yang tidak bertindak membantu dengan membunyikan hon atau keluar menegur pemandu Serena itu, mujurlah tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Yang rakam tu kena sedar sebenarnya awak itu sedang di uji Allah. Awak telah gagal kerana pentingkan diri je. Cuba la hon atau bagi tahu sebelum pemandu tu masuk kereta.

“Pemandu yang rakam itu sepatutnya keluar lah dari kereta atau panggil pemandu. Mungkin pemandu terlupa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here