Lelaki berlakon jadi OKU untuk dapatkan parkir, tampil beri penjelasan selepas dikecam

2956

Gara-gara berlakon dengan menjadi orang kurang upaya (OKU), demi untuk mendapatkan parkir kereta dengan cara mudah di sebuah pusat membeli belah, seorang lelaki bersama rakannya menjadi bualan ramai.

Sebelum tular, video asal berdurasi 38 saat itu dimuat naik di Tiktok yang telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang didakwa tindakan mereka menyalahgunakan kemudahan disediakan untuk golongan OKU.



Menerusi video itu, menunjukkan lelaki berkenaan berjalan umpama individu tidak normal dan melakukan pergerakan tangan dan kaki seperti orang cacat selepas dikatakan sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta kerana pengunjung terlalu ramai.

Namun bagi menyelesaikan masalah tersebut, rakannya mencadangkan untuk meletakkan kenderaan di petak khas untuk OKU dan salah seorang daripada mereka perlu berlakon menjadi OKU.

Tindakan tersebut turut mendapat perhatian Ahli Dewan Negara (Wakil OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi menerusi video yang dimuatnaik di Instagram @rasdibaradzi yang menyelar tindakanya serta mendesak supaya mereka membuat permohonan maaf kepada komuniti OKU.

Bagaimanapun, lelaki yang memuat naik video tersebut tampil memberi penjelasan berhubung video kontroversi yang menyamar sebagai OKU itu, bahawa tempat parkir kereta di dalam video itu pun bukanlah parking OKU tapi ia sebenarnya untuk orang awam.

Mereka hanya merakam video tersebut sebagai konten TikTok sahaja, yang sering mengetengahkan jenis konten bersifat realiti kehidupan untuk menyampaikan teguran mengenai sikap segelintir masyarakat yang sering meminggirkan golongan OKU.

Selain itu, dia memohon maaf dan mengakui dirinya terlepas pandang untuk mengakhiri video tersebut dengan nasihat atau larangan kepada masyarakat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here