Kereta sedan berperisai terpantas dunia?

1700

Apabila disebut kereta berperisai atau kebal menepis serangan, kita akan membayangkan ia sebagai suatu jentera bersaiz besar, tetapi lompong pada aspek kuasa pecutan.

Itu bukan satu stereotaip, tetapi realiti. Bagaimanapun, pemahaman itu nampaknya boleh disangkal dengan bantuan sebuah syarikat di Amerika Syarikat.



AddArmor yang dikatakan berpangkalan di Wyoming menghasilkan APR RS7, sebuah kereta Audi RS7 berkalis serangan dan mampu memberikan dos kuasa pecutan luar biasa. Ini mungkin menjadinya sebagai kereta sedan berperisai paling pantas di dunia.

APR RS7 mampu memecut pada kelajuan maksimum 325 kilometer sejam (km/j) dan memecut daripada titik pegun hingga 97km/j dengan hanya 2.9 saat.

Bagi memastikan berat badannya tidak menjadi suatu bebanan, AddArmor memilih perisai polikarbonat iaitu lebih ringan daripada keluli tetapi lebih banyak kuat.


Permukaan kaca kenderaan terbabit, syarikat itu mengekalkan penggunaan kaca kalis peluru yang dihasilkan daripada polikarbonat juga. 

Ini memberi tambahan berat sebanyak 91 kilogram tetapi menawarkan tahap perlindungan B4, mampu menahan tembakan senjata Magnum 44.

Jentera ini menggunakan enjin 4.0 liter V8 dwiturbo dengan padanan kit daripada APR. Modifikasi sebegini membantu kuasa meningkat kepada 771hp dengan tork sekuat 1,085Nm.

Harga bagi Audi RS7 ini dikenakan ialah AS$205,000 (anggaran RM843,000).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here