Bas ekspres hilang kawalan rempuh 10 kenderaan, polis minta saksi kejadian tampil

1837

Sebuah Bas Ekspres yang dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah MPV jenis Toyota Vellfire di Kilometer 139.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, Perai.

Kejadian yang dikatakan berlaku pukul 2 petang tersebut, didapati turut melibatkan van polis jenis Toyota Hiace, Honda Stream, Perodua Myvi dan Perodua Axia dan beberapa kenderaan lain sehingga menyebabkan kesesakan trafik sejauh 15km sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth.



Menerusi perkongsian rakaman video papan kemuka (dashcam), memaparkan detik kejadian berlaku apabila MPV yang dipandu agak perlahan di lorong kanan, secara tiba-tiba bas ekspres tersebut hilang kawalan lalu merempuh belakang MPV tersebut.

Difahamkan kesemua kenderaan yang terlibat berjaya dialihkan kira-kira pukul 5 petang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan hanya beberapa pemandu dan penumpang kenderaan yang terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kemalangan juga diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Sufi Abdul Razak di talian 0134774542 atau 04-5382222.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here