Suami kantoi ada teman wanita lepas isteri terima gambar surat saman perempuan lain

2355

Rahsia suami memiliki teman wanita terbongkar apabila surat saman had laju beserta gambar bukti wanita lain memandu tiba di rumah pasangan itu.

Surat saman itu diterima isteri lelaki tersebut yang didakwa memandu kereta BMW milik syarikat suaminya dengan kelajuan 87 kmj dan bukannya had laju dibenarkan 60kmj di Terowong Rheinufer, Düsseldorf, Jerman. 



Wanita berusia 36 tahun itu terkejut kerana dia tidak memandu kereta tersebut pada tarikh saman itu malah tidak mempunyai lesen memandu.

“Anak guam saya terkejut apabila melihat seorang wanita memandu kereta syarikat suaminya, namun dia tak memiliki lesen untuk memandu,”  kata Fatma Poyraz-Devrim, peguam tertuduh.

Peguam Fatma Poyraz-Devrim (Kiri)

Bagaimanapun, suami wanita berkenaan akhirnya mengaku meminjamkan kereta BMW itu kepada seorang individu wanita yang tertangkap pada kamera had laju tersebut, yang merupakan teman wanitanya.

Suaminya turut mengaku melakukan hubungan sulit dengan wanita berkenaan, yang dilaporkan tidak dapat hadir ke mahkamah dan melarikan diri ke luar negara bersama kereta BMW tersebut. 

Isterinya dibebaskan oleh hakim selepas dia didapati bukan individu yang sepatutnya dibicarakan atas kes kesalahan memandu melebihi had laju tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here