Pemandu Proton Wira berlagak marsyal disiasat polis, kereta turut ditahan

1892

Terbaharu, seorang lelaki berusia 29 tahun dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan gara-gara tular video yang memaparkan sebuah Proton Wira menjadi marsyal. 

Video berdurasi 13 saat itu menunjukkan sedan berwarna kelabu berjalur kuning mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti di lampu isyarat di laluan utama bandar Sitiawan, Perak. 



Tindakan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada konvoi kereta yang datang dari arah Seri Manjung menghala sebuah kuil Hindu di Sitiawan.

Selain itu, kereta jenis Proton Wira yang digunakan turut dirampas dan saringan air kencing terhadap lelaki itu didapati negatif dadah. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan berpandukan Facebook akaun ‘JUSSHAIRI JAUHHARI’ dengan tajuk ‘Seperti Polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka.

“Berikutan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Manjung membuat laporan polis pada pukul 2.29 petang hari ini untuk siasatan dan tindakan selanjut,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boon Khim.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here