Pembeli rahsia beli kapal layar Steven Spielberg, harga jualan tidak didedahkan

1612

Sekitar November lalu, pengarah filem Hollywood terkenal, Steven Spielberg menyenaraikan jualan kapal layar miliknya yang dinamakan Seven Seas.

Pada ketika itu dikatakan harga jualan kapal layar berkenaan adalah Euro 131 juta (RM626 juta).



Difahamkan Seven Seas sepanjang 282 kaki itu sudahpun dipinang pembeli misteri dan syarikat broker yang menguruskan pembelian tidak mendedahkan nilai jualan yang dipersetujui. 

Kapal layar berkenaan dibina oleh Oceanco dan mula berlabuh ke laut pada 2010. Pemenang Anugerah Academy dengan nilai kekayaan AS3.7 bilion (RM16 bilion) itu melaburkan banyak wang daripada segi rekaan.

Bahagian kabin yang mendapat sentuhan pereka Nuvolari & Lenard dan Molly Isaksen itu menawarkan empat dek dan ruang luas untuk menghiburkan selebriti papan atas. Kapal layar itu mampu memuatkan 20 tetamu dengan sembilan ruangan bilik serta 28 krew.

Lokasi yang paling menyerlah tentunya bilik utama Spielberg yang dilengkapi dengan ruang persalinan, pejabat dan teres dengan jakuzi peribadi.

Selain itu, Seven Seas dilengkapkan dengan kemudahan yang sesuai untuk royalti filem, termasuk skrin besar di setiap bilik dan panggung wayang penuh. Di tempat lain, terdapat sauna, bilik wap, gimnasium, kolam renang, kelab pantai, helipad, kawasan lounge dan bar.

Seperti yang dijangkakan, terdapat juga garaj penuh dengan stok barangan seperti tender, bot laju, mainan air dan peralatan menyelam.

Spielberg memastikan Seven Seas sesuai dengan namanya. Sepanjang dekad yang lalu, lelaki berusia 74 tahun itu telah berlayar merentasi tujuh lautan. Ia pernah dilihat di luar pantai Perancis semasa Festival Filem Cannes, dan di perairan berhampiran Antigua dan Barbuda.

Keupayaan transatlantik kapal layar itu diperoleh daripada enjin MTU berkembar dengan kuasa 4,680hp setiap satu. Ia boleh mencapai kelajuan maksimum 20 knot atau pelayaran santai 15 knot. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here