Honda Civic Type R Edisi Terhad (2021) ‘rentung’ dilelong, rekod odometer 1.6km saja

6151

Pengguna Facebook HondaPro Jason berkongsi informasi tentang sebuah Honda Civic Type R LE yang hangus terbakar untuk dijual. 

Lebih menarik hot hatch itu merupakan model tahun 2021 dan memiliki jarak perbatuan hanya 1.6km. Nampaknya Civic Edisi Terhad itu tidak sempat menjalani ujian di kawasan kilang sebelum terbakar.



Pihak yang bertanggungjawab melelong kenderaan tersebut di South Bend, Indiana, Amerika Syarikat meletakkan rekod perbatuan sedemikian kerana papan pemuka  tidak boleh beroperasi dan angka perbatuan yang sebenar tidak diketahui. 

Menerusi maklumat yang dinyatakan di portal lelongan IAA, Civic dengan status rosak teruk (total lost) itu mengalami kerosakan penuh pada bahagian luaran dan dalaman.

Selain itu, hatchback itu juga tidak mempunyai kunci dan sebahagian nombor identifikasi kenderaan (VIN) juga hilang akibat kesan kebakaran.  

Jika dilihat pada imej yang dikongsi hanya dua rim bahagian depan boleh digunakan semula manakala selebihnya memerlukan komponen baharu. Menurut IAA, warna asal badan Civic Type R Edisi Terhad itu adalah kuning dan warna kabin tidak diketahui.

Ia menggunakan enjin 2.0 liter  I-4 DOHC 16 injap VTEC yang menghasilkan kuasa 306hp dan tork 295Nm bersama transmisi manual 6-kelajuan.

Menerusi laman web IAA, tidak dimaklumkan tarikh dan waktu lelongan model tersebut yang mana hanya akan diberitahu dua hari sebelum jualan. IAA turut menyebut kos baik pulih model tersebut sekitar AS50,100 (RM210,946).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here