Simpan beras bawah pelana, enjin Yamaha XMAX ini rosak teruk

1647

Siapa sangka sebungkus beras boleh membuatkan enjin Yamaha XMAX ini rosak teruk sehingga pemilik ini terpaksa mengeluarkan belanja besar bagi proses baik pulih.

Video yang dikongsi akaun Instagram @indorider150up itu menunjukkan pemilik skuter maksi itu berkongsi rasa sedih apabila beras yang disimpan di ruang bawah pelana itu memasuki paip saluran udara.



Bagaimana ia boleh terjadi?, ini kerana pemilik melakukan modifikasi pada jenteranya dengan memasang paip saluran udara di ruang simpanan bawah pelana lalu disambung ke enjin.

Siapa sangka, plastik tersebut bocor hingga menyebabkan butiran beras itu memasuki paip berkenaan yang berada begitu hampir dengan paip tersebut.

Akibatnya beras berkenaan memenuhi saluran udara dan memasuki ruang pembakaran sehingga kepala piston mengalami kerosakan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here