10 kereta terbaik 2021, tangga enam jenama dambaan wanita Malaysia

2697

Portal automotif Motor1 menyenaraikan model kereta terbaik yang pernah mereka pandu uji sepanjang tahun lalu.  

Markah keseluruhan akan dinilai berdasarkan Skor Jangkaan Kebolehpercayaan, data ujian litar dan kajian kepuasan pelanggan. 

Jadi apakah model yang mendapat markah tertinggi dan terbaik menurut Motor1, jom kita semak.



1.Mercedes-Benz S580 2021: 9.7/10

Nampaknya Mercedes-Benz S- Class 850 menumpaskan model-model lain apabila berada di tangga teratas. 

Dari segi penampilan, walaupun sedan bersaiz penuh ini membawakan perubahan minimum berbanding generasi terdahulu, ia ditawarkan dengan gabungan teknologi yang tinggi menjadikan pemanduan lebih selesa. Selain itu model tersebut turut ditawarkan dengan ciri pemanduan autonomi Tahap Ketiga.

2. Genesis G80 2021: 9.7/10

Siapa sangka jenama premium di bawah Hyundai, Genesis G80 berada di tangga kedua dan mendapat perhatian pelanggan Eropah. Tampil dengan rekaan yang lebih elegan dan ciri peralatan mewah G80 juga disematkan dengan ciri keselamatan canggih.

3. Nissan Rogue 2021: 9.7/10

Walaupun Nissan Rogue menampilkan rekaan yang ringkas dan berkotak, SUV ini tersenarai di tangga lima teratas. Faktor X model ini berada di tangga ketiga kerana penjimatan bahan api, keselesaan dan tanda harga yang masih munasabah. Di Malaysia SUV ini dikenali sebagai X-Trail. 

4. 2021 Audi RS6 Avant: 9.6/10

Audi RS6 Avant hadir dengan teknologi hibrid berprestasi tinggi. Wagon ini menawarkan pengendalian lincah bahkan ia mampu memenuhi keinginan pelbagai lapisan pemandu termasuklah pengguna Amerika. Sayangnya di Malaysia segmen wagon cukup niche dan memiliki peminatnya tersendiri. 

Wagon Audi ini dipacu oleh enjin 4.0 TFSI yang menghasilkan kuasa 598hp dan tork 800Nm serta pecutan dari 0-100 kmj dicapai dalam tempoh 3.6 saat. Memang cukup berkuasa!.

5. 2021 Hyundai Santa Fe: 9.6/10

Santa Fe ialah SUV dengan konfigurasi 7-kerusi. Dari segi reka bentuk Sante Fe versi dipertingkat ini tampil sporty dengan imej baharu. 

Selain itu, ia juga pertama kali ditawarkan dengan trenkuasa hibrid dan plug-in hibrid (PHEV) setara dengan model SUV Jerman yang lain. 

6. Honda Civic Sedan: 9.6/10

Honda Civic masih meneruskan legasi rekaan garang dan tersendiri dalam segmennya bahkan pengendalian dan prestasi yang ditawarkan adalah terbaik dalam kelasnya.

7. Porsche 911 Turbo: 9.6/10

Porsche 911 Turbo S dijana oleh enjin boxer 3.8 liter, pengecas turbo VTG yang mampu memecut dari 0-100 kmj dalam tempoh 2.7 saat dengan kelajuan tertinggi 330kmj. Selain daripada prestasi yang dipertingkat, Porsche 911 Turbo S menampilkan perubahan dimensi yang lebih lebar.

8. Genesis GV80: 9.5/10

GV80 merupakan SUV pertama di bawah jenama Genesis. Secara umumnya, penampilan GV80 tidak jauh berbeza seperti model-model sedan Genesis sedia ada iaitu G70, G80 dan G90 dengan menggunakan platform pacuan roda belakang sebagai asas. 

9. Mercedes-Maybach GLS 600: 9.5/10

Mercedes-Maybach GLS 600 ini dibangunkan berdasarkan platform GLS sedia ada. Memandangkan SUV ini hanya dikhaskan untuk keselesaan yang tiada tandingan, bahagian belakang hanya mampu memuatkan dua orang sahaja, lengkap dengan kerusi yang boleh dibaringkan acah kelas perniagaan kapal terbang. 

10. 2021 Audi S5 Sportback: 9.4/10

Dari segi pakej, Audi RS5 Sportback banyak membawakan persamaan dengan model RS4 Avant seperti pakej penampilan hitam berkilat, lampu LED Matrix, lampu membelok LED dinamik, rim bersaiz 20 inci serta sistem ekzos sport.

Namun, ciri yang membezakan antara kedua-dua model ini hanyalah struktur pintu RS5 Sportback tanpa bingkai.  Pengunaan enjin 2.9 liter V6 bi-turbo, Audi RS5 Sportback mampu memecut sepantas 3.9 saat dari 0-100 kmj dengan kelajuan tertinggi 280kmj.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here