Ramai ‘kantoi’ operasi potong Q di Sepang, netizen minta buat setiap hari

5135

Sebelum ini sudah banyak kes imej atau video tular di media sosial kenderaan memotong barisan.

Baru-baru ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjejaki pemandu Perodua Bezza hingga ke rumah untuk menghantar surat saman selepas tersebar video dia potong Q.

Terkini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Selangor menjalankan Ops kesalahan Utama (Potong Q) di lampu isyarat Kiwa di Kota Warisan.



Dalam operasi berkenaan pihak polis mengeluarkan 21 saman potong Q dan menegaskan pihak berkuasa serius dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas di daerah Sepang.

Selain itu, pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya.

Menerusi perkongsian akaun Facebook Trafik IPD Sepang itu boleh dilihat netizen  menyokong tindakan tersebut bahkan meminta pihak berkuasa melakukan operasi setiap hari. Selain itu, ada juga berkongsi pandangan tentang situasi sebenar di laluan tersebut.

“Bagus juga, pengajaran orang lain boleh beratur panjang-panjang, tunggu lama-lama dengan sabar, ni tahu nak nyelit lepas tu himpit org nak masuk barisan.” 

“Memang jalan perangkap ni. Pernah sekali tersalah lorong sebab memang nak ke kanan. Cumanya kalau stay lorong kanan, dia akan jadi u-turn. Tak seperti flyover kawasan lain, lorong kanan sini khas untuk u-turn sahaja. Anak panah pun tak betul, pastu polis pun menyaman. Jenuh u-turn semula di Kota Warisan.”

“Elok tanda kat jln tu buat betul2.. Ada yg tak biasa akan ingat jalan tu boleh belok kanan. Yang mmg dah tau tu. Kalau orang area situ, mmg dah tahu. Eloklah disaman. Menyusahkan org je nak u turn.”

“Excellent.. Terima kasih pdrm.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here