Hentian bas Dubai ada pendingin hawa dan wifi percuma

1428

Dubai sebuah negara kaya raya yang menjadi lokasi pelancongan mewah. Bahkan penduduk di sana sering memaparkan kehidupan status tinggi di media sosial menerusi kenderaan mewah dan haiwan peliharaan harimau. 

Namun, tahukah anda perkhidmatan pengangkutan awam di sana juga diurus dengan bagus. Menerusi perkongsian pengguna akaun TikTok @irfan.khairi hentian bas tertutup di Dubai itu ditutupi dengan cermin kaca. 

Ini kerana hentian bas kecil tersebut dilengkapi dengan pendingin hawa dan turut disediakan perkhidmatan capaian wifi percuma. Selain itu, di bahagian atas turut dipasang skrin kecil yang memaparkan waktu ketibaan bas.



Pengguna juga tidak dibenarkan makan dan minum di bahagian dalam hentian tersebut di samping turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Pada bahagian dinding pihak berkuasa tempatan turut menampal peta laluan perjalanan bas yang memudahkan bukan saja penduduk lokal namun pelancong.

Bagaimanapun menurut kami suhu panas Dubai yang mencecah 45 darjah adalah wajar disediakan kemudahan sedemikian. Menurut salah seorang netizen kemudahan tersebut ditawarkan 10 tahun lalu.

Sebelumnya pengguna perlu mencari lokasi yang teduh sebelum bas tiba. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen netizen antaranya:

“Kalau kat Malaysia, jangankan aircond, letak lampupun habis licin kena rembat.”

“Hebatnya, kalau kt malaysia dah penuh org dlm tu..bukan tunggu bas tapi tunggu wifi.”

“Kat malaysia ada yg takde bumbung, konsep open air, kt Dubai ade ke? Ketinggalan sangat lah kalau setakat aircond.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here