Sampai dua tayar tercabut, mekanik bawa bukan ‘owner’

1972

Sebuah model ikonik Ferrari Enzo mengalami kemalangan ketika sedang dipandu uji di Belanda.

Tular beberapa keping gambar supercar tersebut yang dikatakan terbabas dan melanggar pokok di Baarn, Belanda.



Difahamkan jentera itu dipandu mekanik wakil jualan dan rempuhan tersebut menyebabkan dua roda supercar bernilai AS3.3 juta (RM12.58 juta) tersebut tercabut manakala beberapa panel badan remuk serta bahagian bawah mengalami kerosakan.

Bagaimanapun mekanik berkenaan terselamat namun nasib supercar itu bakal menerima nasib sama seperti mana beberapa hypercar lain iaitu menjadi sekerap. 

Ferrari Enzo merupakan kesinambungan kepada cerita kejayaan Ferrari apabila ia diiktiraf sebagai salah sebuah supercar dengan teknologi paling maju pada ketika itu. Hanya 400 unit ada di dunia dan kurang daripada satu dozen ditawarkan dalam warna hitam.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here