China perkenal kereta api paling pantas di dunia, berdesup 600kmj

1489

China Railway Rolling Stock Corporation melancarkan kereta api peluru atau Bullet Train yang mampu mencapai kelajuan sehingga 600kmj.

Kereta api berkelajuan tinggi tersebut dikatakan hampir separuh dengan kelajuan bunyi iaitu 1,234kmj, kelajuan itu bukan sahaja menjadikannya kereta api terpantas, bahkan menjadikannya pengangkutan darat terpantas di dunia.



Menurut sumber, dengan kelajuan itu ia dapat melengkapkan perjalanan sejauh 1,213km dalam masa kurang tiga jam dari Beijing ke Shanghai, yang mengambil masa yang sama menggunakan kapal terbang.

China yang memulakan pembangunan kereta api maglev dengan lima gerabak menggunakan teknologi sendiri sejak 2016 dan ia berjaya menjalani ujian percubaan pada 2020.

Kelajuan kereta api itu dikatakan menghampiri 603kmj, rekod dunia yang dicapai kereta api maglev Jepun keluaran Central Japan Railway, sekali gus menyaksikan persaingan sengit dalam penguasaan teknikal bagi pasaran kereta api laju.

Bagaimanapun, setakat ini syarikat itu belum mengumumkan sebarang rancangan lanjut untuk pengkomersialan pengangkutan maglevnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here